Monday, October 5, 2009

Latar Belakang Pusat Pengajian

PUSAT PENGAJIAN
AL-QURAN & FARDHU AIN
AL-MUNAWWAR
No 2, Lorong IM 14/5, Taman Mahkota Idaman,
Bandar Indera Mahkota, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur


Ia ditubuhkan pada tahun 2008 yang beralamat di No 2, Lorong IM 14/5, Taman Mahkota Idaman, Bandar Indera Mahkota, 25250 Kuantan, Pahang.

Objektif Pusat Pengajian :

  • Sebagai pusat bimbingan Al-Quran dan Fardhu Ain yang berkualiti kepada pelajar serta penduduk setempat khasnya dan Kuantan amnya.
  • Memperbaiki tahap keupayaan pelajar dalam menguasai bidang Al-Quran dengan lebih berkesan.
  • Memperkasakan amalan Fardhu Ain serta ibadah seharian dalam usaha mencari keredhaan Allah.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menarik minat pelajar menguasai tulisan jawi.
  • Memperkembangkan pengetahuan dalam bidang pengurusan pendidikan dikalangan pentadbiran dan tenaga pengajar.
  • Memberi peluang kepada orang kurang upaya untuk menjadi tenaga pengajar dan pelatih dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar.
  • Memberi peluang kepada pengajar dalam menyumbangkan kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Mendedahkan dan membimbing pelajarnya agar menjadikan Dinul Islam sebagai cara hidup syumul sesuai dengan fitrah kejadian manusia.
  • Memantapkan lagi penghayatan Al-Quran, hafazan dan Fardhu Ain dengan melaksanakan setiap ilmu yang dipelajari secara praktikal.

Pakej Pengajian :

Pakej pengajian yang disediakan oleh Pusat Pengajian pada masa kini :-

1. Talaqqi Al-Quran : mempelajari Al-Quran secara berguru (musyafahah) sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.

2. Kafa : Kelas Al-Quran & Fardhu Ain.


3. Kafa & Transit : Kafa + Pengangkutan + Makan + Penginapan.Kelas-kelas ini terbuka kepada semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak atau golongan dewasa.

Ia terbahagi kepada 3 sesi pengajian, bagi kesesuaian dengan masa setiap pelajar iaitu sesi pagi, petang dan malam.


Pakej Pengajian Akan Datang :

1. Smart Tuisyen : Bahasa Arab - Mempelajari bahasa arab dengan berkesan dari segi komunikasi dan penulisan. Ia terbuka kepada semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa.

2. Smart Program : Smart program ini diadakan bagi memenuhi aktiviti cuti sekolah anak-anak. antara program yang dirancangkan adalah:
  • Pengurusan Jenazah.
  • Kem Ibadah.
  • Tarranum.
  • Kursus Motivasi.
3. Smart ICT : Smart ICT ini terbuka kepada individu berumur 7 tahun ke atas. Modul yang disediakan :
  • Aplikasi Komputer
  • Microsoft Office
  • Asas Internet

No comments:

Post a Comment

Carian Express